Thursday, February 26, 2009

Senario

Pemandangan yang menghijau saujana mata memandang. Itulah yang mampu diluahkan bila kali permata menjejakkan kaki di tempat kerja sekarang ni. Pejam celik dah 3 tahun ilmu sektor pekerjaan di timba. Macam - macam ragam kerenah manusia. Dah lumrah manusia rambut sama hitam tapi hati Dia Maha Mengetahui.
Roda kehidupan ini sering berputar bagi melengkapkan senario kehidupan manusia. Bila dilimpahi kegembiraan manusia mudah alpa untuk bersyukur, bangga dengan apa jua yang dimiliki tanpa sedar siapa yang memberi. Bergendang membuka wacana bercerita kisah dunia semata. Bergelak sekuat laungan bukti begitu bahagia gembira tanpa sedar ada mata yang menangis kerana kegembiraan yang begitu hebat. Malah hati pastinya terus berbangga tanpa sedar kan datang derita. Tapi sekali air bah sekali bumi berubah. Malah yang paling menyedihkan jari dengan pantas menuding padaNYA kerana menghujani diri dengan derita. Nauzubillah.
Sesungguhnya tiap apa yang ditetapkan bagi kita sebagai hambanya hanyalah untuk menguji tahap ketaqwaan kita. Kita bisa ketawa, bisa menangis, bisa bahagia, bisa sengsara dalam sekelip mata sahaja. Apa yang penting kesederhanaan bukannya keterlaluan. Bersyukur dengan apa yang telah dan sedang dimiliki. Berusaha untuk mendapat lebih baik dari apa yang dimiliki syaratnya kerana Allah. Gembiralah dengan sedikit musibah kerana ianya bisa membuat hati kita lebih dekat denganNYA. Setiap pekerjaan yang baik hendaklah diniatkan sebagai ibadah. Jangan mengeluh kerana ia menghilangkan kekuatan. Buanglah ego kerana ia bisa membebankan.
Salam...

1 comment:

  1. salam,nasihat yg berguna..chayalah sahabat aku ni bersemangat btul ko berkata2...mudah-mudahan..kita semua sentiasa ingat mengigati antara satu sama lain.....AMIN..

    ReplyDelete