Tuesday, June 16, 2009

Realiti



Saujana mata memandang.......

Namun keasliannya sudah robek dek kerakusan manusia. Ni la kampung halaman ku yang penuh keriangan tiap kali kte balik bercuti. Dulu airnya jernih sampai nampak dasarnya tapi sekarang ni dah tercemar......Ingat lagi dlu masa kecik2 siap jadi superwomen dalam ni, tangkap ikan, main kapal kertas mcm2 la. Tapi sekarang ni tengok air ni dah tak lalu punya la kotor, tapi paling seronok tangkap ikan dalam sawah. Bila pak cik bawa trektor nk bajak sawah kte pn terus ikut dari belakang serkap ikan, Wah time tu segala pacat, lintah wat tak tau jer........huhuhu punyalah nakal.

Tapi sekarang ni semua tu tinggal kenangan huaaaaaaaaa........sedihnya. Member2 pn dah ramai yang kawin, ada yang dah sekolah pun anak2 dyeorang.....x pe lah yang penting segala suka duka kehidupan ini menjadikan kte lebih matang dari masa kesemasa. Mengajar kte erti kehidupan yang penuh dengan fatamorgana dunia. Malah susur galur perjalanannya turut merubah manusia dari yang lemah menjadi kuat dan sebaliknya. Siapa yang kuat insyallah segala dugaan diharungi denagn sabar, tapi awan tak selalunya cerah bila mendung tiba ditambah percikan kilat dan dentuman guruh manik2 rezeki akan membasahi bumi, segar sekelian alam. Namun orang cakap sekali air bah sekali pantai berubah. Bila hujan yang turun melimpahkan rahmatNya bertukar menjadi dugaan yang cukup hebat tak siapa yang berani berkata. Walhal bila dilihat mengapa natijah ini berlaku pastinya ia akan berbalik kepada kehidupan manusia.

Tak pandai menghargai alam, mencabul hutan tanpa simpati, merobek daratan tanpa perasaan, tambah pulak kocek berkepuk2 dengan wang lagi bernafsu manusia mempergunakan alam.

Rintihan alam langsung tak dihiraukan, tangisannya hanya segelintir yang mendengar......... Bersyukurlah dengan segala nikmat kurniaan yang telah dianugerahkannya, jangan biar sudah terhantuk baru terngadah. Jangan biar tangisan bumi terus diabaikan kelak manusia juga yang derita............

Thursday, February 26, 2009

Senario

Pemandangan yang menghijau saujana mata memandang. Itulah yang mampu diluahkan bila kali permata menjejakkan kaki di tempat kerja sekarang ni. Pejam celik dah 3 tahun ilmu sektor pekerjaan di timba. Macam - macam ragam kerenah manusia. Dah lumrah manusia rambut sama hitam tapi hati Dia Maha Mengetahui.
Roda kehidupan ini sering berputar bagi melengkapkan senario kehidupan manusia. Bila dilimpahi kegembiraan manusia mudah alpa untuk bersyukur, bangga dengan apa jua yang dimiliki tanpa sedar siapa yang memberi. Bergendang membuka wacana bercerita kisah dunia semata. Bergelak sekuat laungan bukti begitu bahagia gembira tanpa sedar ada mata yang menangis kerana kegembiraan yang begitu hebat. Malah hati pastinya terus berbangga tanpa sedar kan datang derita. Tapi sekali air bah sekali bumi berubah. Malah yang paling menyedihkan jari dengan pantas menuding padaNYA kerana menghujani diri dengan derita. Nauzubillah.
Sesungguhnya tiap apa yang ditetapkan bagi kita sebagai hambanya hanyalah untuk menguji tahap ketaqwaan kita. Kita bisa ketawa, bisa menangis, bisa bahagia, bisa sengsara dalam sekelip mata sahaja. Apa yang penting kesederhanaan bukannya keterlaluan. Bersyukur dengan apa yang telah dan sedang dimiliki. Berusaha untuk mendapat lebih baik dari apa yang dimiliki syaratnya kerana Allah. Gembiralah dengan sedikit musibah kerana ianya bisa membuat hati kita lebih dekat denganNYA. Setiap pekerjaan yang baik hendaklah diniatkan sebagai ibadah. Jangan mengeluh kerana ia menghilangkan kekuatan. Buanglah ego kerana ia bisa membebankan.
Salam...

Tuesday, February 24, 2009

salam.........
jika berbicara soal hari pastinya kita mengharapkan akan hadir hari - hari yang terindah dalam kamus hidup kita. jika berbicara soal semalam pasti kita mengimpikan kenangan manis yang berlaku semalam akan terus meyelusuri hari - hari terindah kehidupan ini.
sebenarnya kita buat blog ni pn sebab teruja tengok blog - blog member baik bukan main lagi rajin betul dia menterjemahkan hari - hari yang menemani kehidupannya dalam ruang blognya. lantas hadirlah 1 lagi helaian blog ni.....huhuhu
kadangkala berkongsi hari yang indah bersama - sama rakan maya memang menyeronokkan cuma kekangan masa kadang kala membatasi keinginan, maklumlah keje hakiki harus dilaksanakan, apa - apa pun salam perkenalan buat teman - teman blog, moga ukhuwah fillah ini bisa mengeratkan tali silaturrahim sesama insan
salam blog buat semua